JOM BELAJAR SKILL DALAM TAKRAW
GULUNG ( Skill yang paling dahsyat dalam takraw)Kemahiran menggulung adalah skill yang memerlukan keberanian dan ketangkasan.Selain itu juga, menggulung juga memerlukan lompatan yang tinggi kerana semasa menggulung, pemain perlu melayangkan badan di udara sambil melibaskan kaki.Lompatan yang tinggi adalah supaya memberi masa kepada pemain untuk membuat libasan. Ukuran ketinggian yang sesuai ialah bahagian punggung atau pinggang pemain berada 1.6 m dari paras bumi. Gulungan yang baik dibuat dari arah belakang ke hadapan tetapi cara ini agak berbahaya kerana pemain perlukan kekuatan tangan untuk menyokong semasa mendarat. Risikonya ialah patah pergelangan tangan atau hentakan pada bahagian kepala.Bagi pemain yang baharu nak belajar. Belajar untuk buat gulungan sisi dahulu. Untuk mempelajari teknik ini, anda adalah dinasihatkan supaya membuat persediaan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan lompatan yang tinggi, buat latihan skipping setiap hari sekurang-kurangnya 100 lompatan sehari, sebaik-baiknya 1000. Kemudian buat latihan berlari menaiki anak tangga sekurang-kurangnya 100 anak tangga sehari. Setelah anda bersedia.Bermula dari lompatan yang rendah kepada gulungan yang tinggi. Secara berperingkat, anda mengubahnya mengikut pencapaian anda. Lakukan latihan ini di padang rumput yang lembut supaya mengurangkan kecederaan pada diri anda. Latihan yang telah anda jalani sebelum ini (skipping dan Menaiki anak tangga) akan membantu anda membuat lompatan yang tinggi dan memberikan libasan yang pantas dan tangkas. Selain itu juga, ia memberikan anda stamina kerana gulungan memerlukan stamina yang tinggi. Jika tidak, selepas 2-3 kali gulung, anda akan kepenatan.Selain itu, tangan anda juga perlu cukup kuat untuk menyokong badan semasa mendarat. Untuk itu anda perlu membanyakkan latihan tekan tubi. Lakukan sekurang-kurangnya 50 kali sehari.Semasa menggulung, kaki kiri (bagi yang bukan kidal) dilayangkan terlebih dahulu sebagai pemberat yang membantu anda melompat lebih tinggi. Kemudian kaki kanan dilibaskan dengan pantas dan tangkas. Libasan yang pantas akan membantu anda memusingkan badan dan mendarat dengan baik dan cermat.Kesilapan yang sering berlaku ialah pemain tidak melompat tinggi semasa menggulung kerana memberi tumpuan kepada libasan kaki kanan. Sikap ini adalah tabiat yang sering dibuat oleh pemain yang baru belajar. Sekiranya lompatan tidak dibuat dengan betul, kaki anda akan melibas lantai. Risiko kepada kecederaan pada jari kaki dan lutut.Bagi pemain profesional, semasa menggulung, mereka dapat merasai dan menghayati layangan tubuh di udara seolah-olah tergantung di udara tanpa graviti. Mereka sempat menoleh kepada bola dan ada yang sempat mengawal bola mengikut kehendaknya. Bola takraw boleh dilibas (REJAM) atau ditolak dengan tapak kasut (BOLA TAPAK) bergantung kepada situasi. Sekiranya kaki lawan (Blocking) hampir dengan bola, bola tapak adalah lebih sesuai. Sedikit sentuhan pada tapak kasut sambil menolak ke ruang yang mengelirukan lawan. Tetapi sekiranya ada ruang yang terbuka, rejam adalah lebih sesuai kerana rejaman yang tepat akan membuahkan hasil yang baik. Pemain boleh merejam boleh ke lantai atau ke badan pemain. Rejaman yang betul pada badan pemain akan membuatkan bola keluar dari kawasan gelanggang tetapi ada risikonya. Sekira blocking yang buat oleh lawan adalah tepat, bola akan masuk ke gelanggang kita.Apapun, selamat mencuba. TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA YANG GIGIH.p/s: Kalau tak boleh gulung, belajar2 la gulung net. kerana itu lebih selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan